Thursday, December 30, 2010

Keranamu

Keranamu Harimau Malaya..
Keranamu yang telah beraksi dengan cemerlang..
Keranamu yang kuat semangat mengharungi cabaran yang ditabur oleh pihak lawan..
Keranamu yang sanggup menggalas tanggungjawab negara melebihi kepentingan peribadi..
Keranamu yang telah berjaya menamatkan kemarau selama 14 tahun..
Keranamu yang memberi khabar gembira untuk dikongsi bersama semua warga Malaysia..
Keranamu yang melakar kenangan terbaik untuk mengakhiri tahun 2010..
Keranamu yang membuktikan Harimau mampu mengalahkan Garuda..
Tahniah kerana berjaya merangkul Piala Suzuki AFF 2010!
Dan terima kasih kerana membuatkan aku senyum lebar bila dapat tahu esok cuti..

Masa musim demam drama, Chinta menjadi pilihan nama anak bagi ramai pasangan yang baru menimang cahaya mata..agaknya pasni nama Safee dan Khairul Fahmi jadi pilihan jugak tak?


*mula minat sukan bola sepak lepas kahwin..hehe*


Wednesday, December 29, 2010

Kembali Normal

Tahun 2010 akan melabuhkan tirai beberapa hari je lagi, tiba masa untuk tutup diari lama..
Minggu depan dah masuk tahun 2011, dah kena belek kalendar baru..
Minggu depan juga bermula sesi persekolahan dan semester baru..bermakna keadaan akan kembali normal..jalan raya akan kembali sesak..bas, kereta dan moto juga akan kembali bersepah kat kampus..
Jadi hari-hari terakhir yang aman ni harus la dinikmati sepenuhnya..jalan raya lengang tanpa kesesakan yang teruk..hati tenang je walaupun pergi dan balik kerja lambat sikit..tak payah nak drive laju-laju kat highway..siap boleh menyanyi ikut rentak lagu kat radio..hihihi

Kalau diikutkan, jarak rumah dengan office dekat je tapi amik masa yang lama untuk sampai bila kereta dah bersusun panjang..lagipun aku tak suka drive slow, aku tekan je pedal minyak tu selagi boleh..aku hanya reti memandu secara berhemah pada waktu malam atau hari hujan..mungkin tahun 2011 kena ubah perangai ni..hehehe

Kat office aku,  ada orang tu dari negeri 9 boleh je terpacak kat office ni pukul 7.30 pagi..tapi ada orang tu asyik datang lambat je setiap hari, guna alasan rumah jauh dan jalan jem..jadi yang mana 1 patut dijadikan ikutan? hehehe


*nampaknya aku pun suka musim cuti sekolah..hehe*

Monday, December 20, 2010

Ada Apa Dengan Disember


Ada apa dengan Disember, bulan terakhir dalam kalendar Masihi..
Bila tiba bulan Disember, terasa betapa cepatnya masa berlalu..bulan berganti bulan dan akhirnya sampai ke penghujung tahun..
Datangnya Disember bersama ingatan tentang detik kelahiran aku ke dunia ini..menandakan usia semakin bertambah dari segi digit..
Orang lain dah mula buat senarai azam dan perancangan untuk tahun seterusnya, tapi aku baru nak meraikan ulang tahun kelahiran..
Apapun, sangat bersyukur sebab dah 26 tahun dikurniakan nikmat oleh Yang Maha Esa..moga nikmat tersebut berpanjangan hingga akhir hayat..

Dan Disember juga menyimpan memori kami melangkah ke alam pertunangan..bertukar status dari chenta hati kepada tunang si dia..
25 Disember pasti takkan dilupakan..saat penganut agama Kristian merayakan Hari Krismas, kami mengikat janji untuk hidup bersama..
Alhamdulillah, ikatan pertunangan tersebut berpanjangan hingga ke gerbang perkahwinan..moga hubungan ini sentiasa dirahmati olehNya..
                 
       
*moga dipanjangkan umur hingga beberapa dekad lagi agar dapat meraikan hari istimewa pada bulan Disember*

Wednesday, December 8, 2010

Ahlan Wasahlan

Salam…

Coretan pertama ini dihasilkan sempena kedatangan Muharram 1432H dengan harapan agar tahun baharu ini hadir bersama semangat baharu..
sebagai detik permulaan untuk sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab terhadap agama, keluarga, rumah tangga, karier dan masyarakat..
sebagai persediaan untuk menerima perubahan dalam kehidupan yang akan mencorakkan dan mewarnai masa hadapan..

Semoga tahun baharu Hijrah ini akan membawa lebih banyak keberkatan dan kebahagiaan untuk semua…


*ahlan wasahlan 1432H*