Friday, August 19, 2011

Raya vs Preggy

19 Ramadhan 1432H..
lagu raya dah rancak berkumandang di radio tak kira pagi petang siang malam..
pagi2 lagi telinga dah disumbat dengan lagu raya, tak ke seharian kat ofis dok layan mood raya..
so feel raya dah mai dahhh..mak buyung pun tiba2 bersemangat, macam2 dah dok fikir pasal raya..
sebelum ni buat2 tak dengar bila enchek suami tanya pasal baju raya..sebabnya sebelum ni tak fikir sangat pasal nak raya tapi dok fikir pasal bersalin, berpantang, baby..

tahun ni giliran beraya kat rumah mertua..setakat ni mak buyung boleh terima hakikat lagi sebab belum dengar lagu raya sadis mendayu2, belum dengar takbir raya..
mau nanti ada yang meraung di pagi raya..dah la family jauh, enchek suami pulak kena pergi kerja..
tahun ni enchek suami tak dapat cuti raya.siap cuti dibekukan untuk minggu ke2 dan ke3 raya..
ingatkan boleh la cuti time orang lain dah mula kerja lepas beraya sakan seminggu..agaknya lepas habis bulan syawal kot baru laki i boleh cuti tapi bukan cuti raya dah namanya tu..
so dia mengharapkan mak buyung bersalin masa raya so automatik dapat cuti 7 hari..

usia kandungan dah cecah 38 minggu..tapi takde tanda2 nak bersalin lagi..baby memahami kot. kalau bersalin awal, nanti ayahnya tak dapat beraya..ataupun baby tau mamnya ni takut nak beranak..agagaga
seriau tak seriau, takut tak takut, kena bersalin jugak..berapa lama nak simpan dalam perut ni kan..
ramai orang cakap kalau anak sulung biasanya bersalin awal..tapi doc cakap kalau anak sulung la bersalin lambat..kompius di situ..
di bulan puasa ni berat mak buyung naik 1kg..puasa kadang2 larat, kadang2 tersadai je perut asyik berkeroncong..
sekarang pagi2 asyik loya je, tekak dah tak lalu nak makan sahur..
minggu ni banyak kali berbuka makan nasik bungkus je, makan sorang2..huhu..sedih ok..

*terus sabar menunggu*

Friday, August 12, 2011

minggu2 terakhir preggy

12 Ramadhan 1432H..dah 12 hari kita berpuasa (kita?ok.tipu.mak buyung dah tinggal puasa)..
minggu2 terakhir preggy ni dalam bulan puasa..larat tak larat pun kena harungi jugak..
minggu2 terakhir preggy ni enchek suami banyak diberi kelonggaran dalam hal kerja, hari2 boleh balik berbuka kat rumah..
so minggu2 terakhir preggy ni hari2 masak (ok.tipu lagi.sehari berbuka makan nasi bungkus, sehari berbuka di rumah mertua)..singgah bazar ramadhan pun beli kueh je.sangat jimat!

minggu2 terakhir preggy ni kerja makin menimbun..langsung tak kasi can i beranak dengan aman..takpe la, sekarang ni setelkan mana yang patut, buat yang mana mampu..sampai masa nanti babai la semua longgokan kerja tu untuk 3 bulan..weeeee

patutnya minggu ni ada check up.tapi tunda minggu depan sebab doc takde, katanya ada hal di kampung. redha saje walaupun risau bila skip check up di minggu2 terakhir ni..harap2 semuanya ok

*baby ramadhan ke baby syawal?*

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah, syukur kerana masih berkesempatan untuk berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat..Ramadhan 1432H ni rasanya sangat mencabar sebagai mak buyung yang berada dalam minggu2 terakhir kehamilan..semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk mengerjakan ibadat puasa dan meningkatkan amalan di bulan mulia ni..

aku ni jenis liat nak bangun sahur, dari zaman anak dara lagi dah biasa berpuasa tanpa sahur..tapi tahun ni kena la jamah kurma dan minum susu kalau nak kekal bertenaga sampai petang.lagipun sekarang memang tidur2 ayam je so takde hal la takat nak bangun pukul 4 pagi..
enchek suami sangat supportive.tahun lepas dia tak kesah makan sahur sorang2 tanpa sikit pun menyusahkan bini dia yang tengah syok tidur, tahun ni pulak dia volunteer jadi chef nak masak lauk untuk berbuka.so petang2 lepas balik kerja i boleh relax2 layan tv.muahahaha

dah masuk bulan Ramadhan ni maknanya dah tak lama lagi kami akan bergelar mama dan ayah..enchek suami selalu gosok2 perut boyot ni suruh baby keluar awal, konon boleh berbaju sedondon tangkap gambar raya 1 family..tapi nanti tak dapek la i nak makan ketupat rendang semua.i tengah pantang, kena la telan air liur je tengok hidangan lazat di pagi raya.huhu..
errr..puasa baru 2 hari dah cerita pasal raya..haisshhh

usia kandungan 35 minggu, berat baby dah 2.36kg..berat mamanya naik 1 kg je..doc cakap mak buyung boleh puasa sebab kandungan normal, takde masalah pape..baby still aktif bergerak2, ada space lagi ye nak berguling2 dalam tumyland..
sekarang kaki dah bengkak, jalan dah macam penguin..pakai sandal pun dah ketat, petanda kena beli sandal baru merangkap sandal raya..
muka yang tembam ditambah dengan hidung yang kembang setaman..
jari pun dah gemuksss sampai dah tak muat nak sarung cincin..
kebelakangan ni kerap sembelit, jadi sama macam trimester pertama dulu..pisang dan jus oren jadi makanan dan minuman harian..


*moga umi sihat dan selamat di bumi Mekah, termakbul hajatnya nak merasai nikmat berpuasa dan berterawih di sana*