Wednesday, August 29, 2012

WW #15: Balqis @ playground

 




 * lokasi raya Balqis: serdang - bangi - klate - bangi - playground kelana jaya - serdang *

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri!

Yeayyy! Syawal bakal menjelma lagi..Hari Raya akan tiba beberapa hari saje lagi..
seronok kannn nak raya..
balik kampung berkumpul bersembang dengan keluarga beramai2..
makan juadah raya macam2..

kemeriahan raya lebih terasa bila dah ada anak..rasa lebih excited nak buat persiapan raya..
keperluan anak lebih didahulukan..apa2 pun dok beli barang anak je..
bila barang bos kecik dah complete, baru la sibuk carik barang mama dengan ayah pulak..

tahun ni kami sekeluarga akan beraya di Bangi terlebih dahulu, kemudian baru terbang pulang ke Kelantan..
raya nanti genap umur  Balqis setahun..boleh la beraya sakan kutip duit raya..hahaha


Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin..
berhati-hati di jalan raya..
selamat pakai baju raya, makan kuih raya, kasi duit raya..hehehe

Wednesday, August 15, 2012

Balqis dulu dan sekarang

1 bulan
halusss je..tokmi cakap macam anak burung

2 bulan
still fully breastfed

3 bulan
membesar bagai juara..start minum formula milk kat rumah babysitter

4 bulan
first time ayah bagi green light boleh lepak kat rumah mamilong

5 bulan

6 bulan
start makan solid food

7 bulan
haippp! muka garang ke dok teran nak poopoo

8 bulan

9 bulan
rambut makin lebat

10 bulan
try baju raya orang..hihi

11 bulan
baru nak tumbuh gigi sebatang


* alahai, cepatnya kamu membesar wahai anak *

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan

21 Ramadhan sentiasa dalam ingatan..
takkan lupa punye, tarikh keramat aku bertarung nyawa nak melahirkan mek Balqis..
mencabar jugak melahirkan anak di bulan puasa..kot tak cukup energy sebab puasa..
rasanya time contraction tu takde kot perut berkeroncong lapar..hahaha

kronologi kelahiran Balqis:

10.00 am:
terasa light contraction masa tengah kemas rumah sambil tunggu enchek suami balik keje..
mula2 tak layankan rasa sakit tu, siap sambung menyapu dan sidai baju..
bersemangat kemas rumah sebab enchek suami janji nak beli baju raya petang tu..haha

12.30 pm:
mak mertua dengan adik ipar datang bawak aku pegi klinik..
walaupun doktor lelaki yang on duty, aku redha je la izinkan dia check bukaan..
malu tu tolak tepi..aku tak rasa sakit pun masa doktor tu seluk..
bukaan dah 2cm, elok la pegi hospital katanya..

1.30 pm:
lepas register kat kaunter hospital tu, macam2 perasaan datang..
rasa tak caya dah nak bersalin sebab due date lambat lagi..
rasa takut pun ada sebab tak tau camana nasib kat labour room nanti..
rasa risau tak larat nak push sebab mak buyung puasa, kang takde energy camana..

sebab urin aku ada blood show, so laju je dapat katil kat waiting area tu padahal ramai je mak buyung lain yang dok menunggu..

2.30 pm:
so the waiting game begins..aku terkulat sorang2 kat situ tak tau nak buat apa..
nurse cakap biasanya kalau anak sulung, bukaan 1cm selang 1jam..
air zamzam, kurma, roti semua dengan enchek suami..tak dapek aku nak top up energy..
sms dengan kakak aku yang on the way dari subang..banyakkan berselawat dengan baca doa Nabi Yunus semasa ditelan ikan paus..
nurse asyik datang tengok bacaan CTG, rupanya baby dok sedap tido dalam tummyland..
doktor pelatih asyik datang check bukaan..nasib baik tak rasa sakit masa dia seluk..
contraction makin kuat dan makin kerap datang..pastu my water breaks..alamakkk! lagiiii rasa sakittt..

3.45pm:
ditolak ke labour room lepas doktor check bukaan dah 8cm..
enchek suami dipanggil masuk..kat labour room menggigil2 tahan sakit..
suruh enchek suami panggilkan nurse sebab rasa betul2 dah nak bersalin..
kang tak pasal2 laju je aku teran sebab tak tahan sakit..
lepas nurse cakap dia nak gunting sikit untuk mudahkan bersalin, aku tak nampak pape dah..
just dapat dengar je suara2 nurse tu semua..lagipun spek entah kat mana dah masa tu..haha
nasib baik enchek suami setia menemani..bisikkan kata semangat, genggam erat tangan, usapkan kepala..

4:14pm:
selamat melahirkan our lil pumpkin dengan 3 kali push..tu pun lepas kena marah dengan nurse sebab asyik meraung bila datang sakit
maaf le misi, ni first time saya bersalin..saya memang jenis seriau tak tahan sakit
pastu kami suami isteri nangis berpelukan lepas Balqis lahir..hahaha

overall aku rasa pengalaman bersalin aku takde la ngeri sangat..
dapat bersalin normal tanpa amik epidural..dok meraung dalam labour room pun kejap je..
tempoh contraction tak lama..kena seluk pun tak rasa sakit..
tapi bab kena jahit tu yang lagi sakittt..
walaupun tak ngeri, aku tetap seriau nak bersalin lagi..enchek suami pun macam serik tengok camana wifey dia ni menanggung sakit nak bersalin..


fresh from the oven


* 21 Ramadhan 1432H = 21 Ogos 2011 *