Wednesday, September 28, 2011

Raya Tak Jadi

Ehhh..dah hujung musim raya ni orang dalam pantang pun sebok jugak nak story pasal raya..macam la beraya sakan kannn

Syawal 1432H ni adalah tahun kedua beraya sebagai isteri dan tahun pertama beraya sebagai mama..
Raya kali ini sangat sadis.enchek suami tiada di sisi kerana tuntutan kerja.aku pulak berpantang raya berdua dengan balqis nun di negeri cik siti wan kembang.huhu..
tahun lepas beraya berdua dengan enchek suami, tahun ni pulak beraya berpantang berdua dengan balqis..tahun depan la gamaknya dapat beraya bertiga together2 1 family..huhu
Sayu je rasa kali ni takde baju raya sedondon,takde gambar raya gedik bersama,tak dapat bersalaman cium tangan mohon ampun..

Saat orang lain beraya sakan pergi sana sini, aku terperap kat rumah je layan anak..
orang lain pulun macam2 juadah enak menjilat jari, aku pulak makan nasik putih lauk ikan bakar.huhu
sangat menguji mental dan emosi la berpantang di musim raya ni..
dah la aku ni jarang2 je balik kampung..masa raya dan kenduri je boleh makan masakan makcik2 yang sedap2..tapi takpe la.demi kesihatan dan kebahagiaan rumah tangga, telan air liur je la..

*bahagia dengan kehadiran si kecil*

Saturday, September 3, 2011

3 sept 2011

3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432H..
tu EDD yg diberi oleh puan doktor..
tapi manusia hanya mampu merancang..ketentuan Yang Maha Esa tiada siapa yang tahu..
maka hari ni hari ke13 aku berpantang..
alhamdulillah dah selamat melahirkan baby girl pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan 1432H jam 4.14 petang di Hospital Serdang..
sangat bersyukur atas kurniaan ini..sangat bersyukur semuanya dah selamat dan segalanya dipermudahkan olehNya..

* bersalin itu sakit, berpantang pulak menyeksakan.huhu *