Wednesday, December 28, 2011

WW #1 : Balqis @ 4 months

 
21/12/2011: berat 7.6kg, tinggi 64cm 

* berat badan mencanak2 naik tapi rambut segan2 je nak tumbuh..huhu *

Friday, December 2, 2011

kisah benar di petang hari..

lokasi: sebuah rumah di lestari perdana
masa: 6.30 petang

sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan makan malam..anak mereka yang berusia 3 bulan sedang menonton tv..
berselera betul si isteri menjamah masakan si suami.maklum le masa keje tadi tak lunch.breakfast pun makan bihun goreng je.seharian langsung belum jamah nasik..memang mabeles la bila balik keje je nasik dan lauk pauk semua dah siap dihidang.biasanya si isteri yang tunggu si suami balik keje..

tapi si anak ni memang tak boleh tengok mama dengan ayahnya berdua-duaan, mesti sibuk nak join sekali.mula la mulut dia bising nak perhatian, mula la dia merengek nak didukung..
si suami yang baik hati ni nak kasi can si isteri habiskan makan dulu so dia pun pergi la jengah anaknya..tapi si anak ni dah montel untuk didukung lama2 so si suami sambung makan sambil riba anak..
si anak ni elok je diam bila dah dapat duduk sekali dengan mama dan ayahnya. siap telan air liur tengok orang makan.hehe
pastu tiba2 si suami menjerit. si isteri terkejut la kenapa dengan suaminya ni, terlekat tulang ikan ke..si suami  membebel kat anaknya sambil cakap geli la..
rupa2nya si anak hisap boob ayahnya.kahkahkah..kesian si anak..haha

sekian.tu je nak cerita.hehehe

*nasib baik si anak belum tumbuh gigi*

Thursday, December 1, 2011

disember sudahhh..

ehhh..hari ni 1 disember rupanya..pejam celik pejam celik dah sampai bulan terakhir tahun 2011..
bulan disember ada banyak cuti umum..yeayy! banyak masa boleh ngadap belek2 balqis montel..
bulan disember ada tarikh hari lahir aku..yeayy lagi! ehh..tapi tu bertambah tua maknanya..
bulan disember dapat bonus..yeayy! yeayy! masyukkk! boleh gi shopping dgn balqis..huahuahua
bulan disember jugak tandanya dah cukup la pantang 100 hari..ekekekeke

dah 2 minggu masuk keje tapi masih lemauuu je..entah bila mood rajin keje nak datang balik ni..entah mana mood rajin keje gi nyorok sampai sesat jalan ni..
belek2 fail nampak muka balqis..so godek2 hp tengok gambar balqis..
check2 emel ingat kat balqis..so transfer gambar dari kamera ke pc..baru puas tengok gambar balqis kat skrin besar.. 
ye la setahun dok berkepit je, berdua ke sana sini..9 bulan dalam tummyland, tambah lagi 3 bulan cuti bersalin..tu yang jadi dapat sindrom asyik ingat anak je..
sebelum ni 24/7 dok tengok balqis membesar depan mata, sekarang ni berapa jam je sehari dapat belek dia..

 si bulat bam2 yang suka kembangkan hidung..hohoho

Wednesday, September 28, 2011

Raya Tak Jadi

Ehhh..dah hujung musim raya ni orang dalam pantang pun sebok jugak nak story pasal raya..macam la beraya sakan kannn

Syawal 1432H ni adalah tahun kedua beraya sebagai isteri dan tahun pertama beraya sebagai mama..
Raya kali ini sangat sadis.enchek suami tiada di sisi kerana tuntutan kerja.aku pulak berpantang raya berdua dengan balqis nun di negeri cik siti wan kembang.huhu..
tahun lepas beraya berdua dengan enchek suami, tahun ni pulak beraya berpantang berdua dengan balqis..tahun depan la gamaknya dapat beraya bertiga together2 1 family..huhu
Sayu je rasa kali ni takde baju raya sedondon,takde gambar raya gedik bersama,tak dapat bersalaman cium tangan mohon ampun..

Saat orang lain beraya sakan pergi sana sini, aku terperap kat rumah je layan anak..
orang lain pulun macam2 juadah enak menjilat jari, aku pulak makan nasik putih lauk ikan bakar.huhu
sangat menguji mental dan emosi la berpantang di musim raya ni..
dah la aku ni jarang2 je balik kampung..masa raya dan kenduri je boleh makan masakan makcik2 yang sedap2..tapi takpe la.demi kesihatan dan kebahagiaan rumah tangga, telan air liur je la..

*bahagia dengan kehadiran si kecil*

Saturday, September 3, 2011

3 sept 2011

3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432H..
tu EDD yg diberi oleh puan doktor..
tapi manusia hanya mampu merancang..ketentuan Yang Maha Esa tiada siapa yang tahu..
maka hari ni hari ke13 aku berpantang..
alhamdulillah dah selamat melahirkan baby girl pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan 1432H jam 4.14 petang di Hospital Serdang..
sangat bersyukur atas kurniaan ini..sangat bersyukur semuanya dah selamat dan segalanya dipermudahkan olehNya..

* bersalin itu sakit, berpantang pulak menyeksakan.huhu *

Friday, August 19, 2011

Raya vs Preggy

19 Ramadhan 1432H..
lagu raya dah rancak berkumandang di radio tak kira pagi petang siang malam..
pagi2 lagi telinga dah disumbat dengan lagu raya, tak ke seharian kat ofis dok layan mood raya..
so feel raya dah mai dahhh..mak buyung pun tiba2 bersemangat, macam2 dah dok fikir pasal raya..
sebelum ni buat2 tak dengar bila enchek suami tanya pasal baju raya..sebabnya sebelum ni tak fikir sangat pasal nak raya tapi dok fikir pasal bersalin, berpantang, baby..

tahun ni giliran beraya kat rumah mertua..setakat ni mak buyung boleh terima hakikat lagi sebab belum dengar lagu raya sadis mendayu2, belum dengar takbir raya..
mau nanti ada yang meraung di pagi raya..dah la family jauh, enchek suami pulak kena pergi kerja..
tahun ni enchek suami tak dapat cuti raya.siap cuti dibekukan untuk minggu ke2 dan ke3 raya..
ingatkan boleh la cuti time orang lain dah mula kerja lepas beraya sakan seminggu..agaknya lepas habis bulan syawal kot baru laki i boleh cuti tapi bukan cuti raya dah namanya tu..
so dia mengharapkan mak buyung bersalin masa raya so automatik dapat cuti 7 hari..

usia kandungan dah cecah 38 minggu..tapi takde tanda2 nak bersalin lagi..baby memahami kot. kalau bersalin awal, nanti ayahnya tak dapat beraya..ataupun baby tau mamnya ni takut nak beranak..agagaga
seriau tak seriau, takut tak takut, kena bersalin jugak..berapa lama nak simpan dalam perut ni kan..
ramai orang cakap kalau anak sulung biasanya bersalin awal..tapi doc cakap kalau anak sulung la bersalin lambat..kompius di situ..
di bulan puasa ni berat mak buyung naik 1kg..puasa kadang2 larat, kadang2 tersadai je perut asyik berkeroncong..
sekarang pagi2 asyik loya je, tekak dah tak lalu nak makan sahur..
minggu ni banyak kali berbuka makan nasik bungkus je, makan sorang2..huhu..sedih ok..

*terus sabar menunggu*

Friday, August 12, 2011

minggu2 terakhir preggy

12 Ramadhan 1432H..dah 12 hari kita berpuasa (kita?ok.tipu.mak buyung dah tinggal puasa)..
minggu2 terakhir preggy ni dalam bulan puasa..larat tak larat pun kena harungi jugak..
minggu2 terakhir preggy ni enchek suami banyak diberi kelonggaran dalam hal kerja, hari2 boleh balik berbuka kat rumah..
so minggu2 terakhir preggy ni hari2 masak (ok.tipu lagi.sehari berbuka makan nasi bungkus, sehari berbuka di rumah mertua)..singgah bazar ramadhan pun beli kueh je.sangat jimat!

minggu2 terakhir preggy ni kerja makin menimbun..langsung tak kasi can i beranak dengan aman..takpe la, sekarang ni setelkan mana yang patut, buat yang mana mampu..sampai masa nanti babai la semua longgokan kerja tu untuk 3 bulan..weeeee

patutnya minggu ni ada check up.tapi tunda minggu depan sebab doc takde, katanya ada hal di kampung. redha saje walaupun risau bila skip check up di minggu2 terakhir ni..harap2 semuanya ok

*baby ramadhan ke baby syawal?*

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah, syukur kerana masih berkesempatan untuk berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat..Ramadhan 1432H ni rasanya sangat mencabar sebagai mak buyung yang berada dalam minggu2 terakhir kehamilan..semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk mengerjakan ibadat puasa dan meningkatkan amalan di bulan mulia ni..

aku ni jenis liat nak bangun sahur, dari zaman anak dara lagi dah biasa berpuasa tanpa sahur..tapi tahun ni kena la jamah kurma dan minum susu kalau nak kekal bertenaga sampai petang.lagipun sekarang memang tidur2 ayam je so takde hal la takat nak bangun pukul 4 pagi..
enchek suami sangat supportive.tahun lepas dia tak kesah makan sahur sorang2 tanpa sikit pun menyusahkan bini dia yang tengah syok tidur, tahun ni pulak dia volunteer jadi chef nak masak lauk untuk berbuka.so petang2 lepas balik kerja i boleh relax2 layan tv.muahahaha

dah masuk bulan Ramadhan ni maknanya dah tak lama lagi kami akan bergelar mama dan ayah..enchek suami selalu gosok2 perut boyot ni suruh baby keluar awal, konon boleh berbaju sedondon tangkap gambar raya 1 family..tapi nanti tak dapek la i nak makan ketupat rendang semua.i tengah pantang, kena la telan air liur je tengok hidangan lazat di pagi raya.huhu..
errr..puasa baru 2 hari dah cerita pasal raya..haisshhh

usia kandungan 35 minggu, berat baby dah 2.36kg..berat mamanya naik 1 kg je..doc cakap mak buyung boleh puasa sebab kandungan normal, takde masalah pape..baby still aktif bergerak2, ada space lagi ye nak berguling2 dalam tumyland..
sekarang kaki dah bengkak, jalan dah macam penguin..pakai sandal pun dah ketat, petanda kena beli sandal baru merangkap sandal raya..
muka yang tembam ditambah dengan hidung yang kembang setaman..
jari pun dah gemuksss sampai dah tak muat nak sarung cincin..
kebelakangan ni kerap sembelit, jadi sama macam trimester pertama dulu..pisang dan jus oren jadi makanan dan minuman harian..


*moga umi sihat dan selamat di bumi Mekah, termakbul hajatnya nak merasai nikmat berpuasa dan berterawih di sana*

Thursday, July 7, 2011

what a relief!

Hoyehhh! Misi check up kali ni berjaya! I love u la baby, good girl ni..hehe
Baby takde main nyorok2 lagi, pasrah je tunjuk muka..dapat la tengok baby menguap2..
Alhamdulillah! Mulut baby ok, takde sumbing macam yang dirisaukan sebelum ni..
so sekarang hati manyak senang walaupun enchek suami tak kasi buat 3D scan....
lagi hati senang bila dah confirm gender baby..sebelum ni confirm tak confirm sebab hobi baby selain menendang dan bergusti dalam tummyland adalah main sorok2..
so rasa bersalah beli barang2 kaler pink telah bertukar kepada sengih lebar tanda puas hati bila jangkaan enchek suami meleset sama sekali..huahuahua
pasni boleh la beli gaun,headband banyak2 kan..nak buat list nama baby pun dah senang..

32 minggu: berat baby = 1.9 kg..baby membesar dengan jayanya, patot la senget2 perut aku bila ditendang2..seronok tengok baby movement dalam tummyland, beralun2 perut dibuatnya..hehe
berat mak buyung = 64 kg..still normal kalau ikut pregnancy weight calculator tapi terasa diri ni sangat besarrr..konon2 fobia sebab zaman muda remaja dulu berat pernah cecah 62kg!



*still dalam dilema nak bersalin kat mana*

Monday, June 27, 2011

dah 30?

Agagaga..dah cecah 30? No, not my age, I belum cukup umur lagi untuk join 3 series club..keh3
Sekarang kandungan dah 30 minggu..rasa sekejap je masa berlalu, dah masuk trimester ketiga..lebih kurang 10 minggu lagi sebelum tarikh jangkaan bersalin..mak buyung agak panik sebab banyak lagi barang baby belum beli, kredit kepada enchek suami yang selalu bising2 taknak ada banyak barang baby kat rumah..dia cakap banyak masa lagi untuk bershopping..
Ye, mak buyung memang ada masa lagi tapi enchek suami banyak masa untuk kerja je..
nanti mak buyung dah tak kuasa nak terjah mall bila perut makin besar, kaki dah bengkak..
Dah la dia asyik cakap2 dengan baby suruh keluar cepat, tak sabar nak main dengan baby..
Kang kalau betul2 terberanak awal, tak ke naya..

Masa check up 29 minggu: berat mak buyung naik 1.5kg..berat baby dah cecah 1.6kg, saiz baby agak panjang ikut gen ayahnya..baby still main sorok2, tak nak tunjukkan muka..haishhh
Kalau time menendang2 tu bukan main kuat lagi..time pergi scan, malu2 pulak ye..
ramai yang cakap perut i kecik je, tak nampak macam tengah preggy 30 minggu..tak kesah la besar ke kecik, yang penting baby sehat..ni pun dah tak larat nak usung perut ke hulu ke hilir..
sekarang tidur dah tak selesa walau apa pun posisi..tengah tidur pun badan boleh berpeluh..lenguh2 bahu dan pinggang, cramp kaki masa tidur dah jadi perkara biasa..huhu
sabarrr..bertahan..10 minggu je lagi..

*misi next check up: dapat tengok muka baby*

Friday, June 10, 2011

hate this feeling..

hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari..
hari kerja terakhir dalam seminggu sebelum tibanya hari minggu..
hari kerja dengan waktu rehat yang agak lama..
hari yang bahagia kalau kepala tak semak dengan segala macam perasaan negatif..
emosi asyik terganggu je hari ni, tertekan dengan masalah kerja..
ofis aku sendiri pun dah macam2 hal, tambah lagi dengan masalah ofis enchek suami..
ye, hal kerja enchek suami secara tak langsung kena tempias kat aku..
bulan lepas tabur janji manis macam2, tiba2 sekarang jadi lain pulak..
jangan la menambah beban, mintak tolak ansur sikittt je..
tolonggg laaa..mak buyung stress tau..

*kesian kat baby..*

Friday, May 27, 2011

setahun sudah..


Pejam celik pejam celik, dah setahun masa berlalu..
Dah setahun kami bergelar suami isteri..
Dah setahun kami melayari bahtera rumah tangga ni bersama..
Dah setahun kami makin mengenali dan memahami diri masing2..

Happy 1st anniversary mok cayang..moga hubungan ini berkekalan dan berada dalam keredhaanNya..

*happily married for 52 weeks..26 weeks preggy..alhamdulillah*

Thursday, May 26, 2011

ohh..captain jack sparrow!


Captain Jack Sparrow kembali lagi!
Sila serbu pawagam berdekatan untuk tengok cite Pirates of the Caribbean 4: On Stranger Tides..
cite best, gaya Jack Sparrow yang gila2 tu akan buat orang gelak je..
terubat kerinduan kat Johnny Depp setelah request untuk tengok The Tourist dulu direject mentah2 oleh enchek suami..
walaupun lenguh2 pinggang, badan penat, kepala pening sebab tak cukup tido, hidung rasa berat sebab pakai 2 spek (spek rabun jauh dan spek 3D) tapi semua tu tolak tepi..
mak buyung excited dapat terjah cinema buat kali pertama sepanjang tempoh kawen..
sebelum kawen, panjang je langkah nak menapak pegi cinema. dating hari rabu untuk movie time sebab tiket murah.hehe
tapi lepas kawen, enchek suami lebih suka layan DVD kat rumah..
agaknya nanti bila dah ada baby, langsung takde harapan nak jengah pawagam..huhu


*next movie dalam list adalah Transformers: Dark of the Moon*

Friday, May 20, 2011

pregnancy updates

usia kandungan dah 25 minggu..baby bump dah obvious..
maternity pant saiz s dah ketat..baju pun banyak dah sendat tapi still malas nak pakai maternity blouse..
uniform pada waktu malam pulak adalah tshirt dan boxer enchek suami..keh3
yang paling tak suka belly button dah sedikit menonjol..huhu
baby sangat aktif waktu petang lepas balik keje sampai la tengah malam, kemain lagi suka dok rumah..
bila enchek suami pegang2 perut, baru la dia diam sikit..takut kat ayah la tu..hehe
dah lama tak merasa tido malam yang berkualiti..kalau dulu 10 pm adalah bedtime untuk weekdays, sekarang 12 am pun mata still terkebil2..
semalam takleh tido, puas pejam mata tapi still tak lena..
sudahnya 2 am bangun lipat baju, pastu masak makaroni goreng..bukannya masak sebab rasa lapar tapi untuk bekal breakfast enchek suami..dia pun heran camana breakfast boleh siap sedangkan pagi tadi aku bangun lambat..hehehe

check up utk minggu ke24:
1) berat naik 4 kg! bravo! Doc ckp bnyk sgt ni naik..haishhh! padahal makan macam biasa je..kuantiti per meal pun takde la sampai dua ganda, just lebihkan sikit je dari biasa..kadang2 skip dinner..so tang mana yang kembang semangkuk ni..
sama ada baby besar sgt atau mamanya membesar bagai juara tak dapat dikenal pasti sebab tak tau baby dah cecah berapa ratus gram sekarang..
2) yang tak best, bila scan tang muka je baby tutup dengan tangan..doc cakap mulut baby semacam je..tapi tak pasti semacam camana sebab terlindung dengan tangan baby..next check up baru doc confirmkan..
masa doc bagitau tu, terus teringat yang enchek suami suka gigit2 bibir masa drive, tengok tv, baca paper..pendek kata time dia tengah santai2 je dia akan gigit2 bibir..
walaupun rasa macam takde kaitan gigit bibir tu dengan cakap doc yang bibir baby semacam, tapi sekarang dah tak kasi dia buat camtu lagi..nak elak kot nanti ‘menurun’..
3) kedudukan baby songsang tapi doc cakap takpe tak perlu risau sebab ada banyak masa lagi untuk baby pusing..
4) kena suntikan kancing gigi yang pertama.pas kena inject terus rasa menyengat2 so tangan kiri 'direhatkan' sepanjang petang..tapi nasib baik malam tu dah hilang rasa lenguh, tinggal rasa pedih je kat tempat injection especially kalau dipegang2..kesan merah dan bengkak hilang lepas 2-3 hari..next check up kena inject lagi sekali.huhu


*moga baby sempurna cukup sifat segala*

Sunday, May 8, 2011

ibu ratu hatiku

ibu.emak.mama.umi.mami..
apa jua panggilan, hari ni hari istimewa untuk mereka..
terlalu banyak pengorbanan, terlalu besar jasa mereka..tak terhitung jasa, tak ternilai kasih sayang mereka..

terima kasih umi untuk segalanya..
bukan sedikit ketabahan dan kesabaran yang diperlukan untuk membesarkan kami adik beradik selepas pemergian arwah abah..
kami tetap dapat yang terbaik dan pendidikan yang sempurna..
moga umi bangga dengan kami..
Selamat Hari Ibu!



*tahun ni first time dapat sms ucapan hari ibu.hihi*

Saturday, April 30, 2011

what a week!

minggu ni sangattt memenatkan..sepanjang preggy, minggu ni la rasa sangattt sakit badan..
tidur malam pun 'nyetok urat'..lasak sangat kot minggu ni..huhu
attend kursus, uruskan kursus..kerja2 kat ofis semuanya tertangguh, dah banyak menimbun..
berkejar ke sana sini dalam usia kandungan 22 minggu dah terasa sengal2 badan..
camana la nanti kalau dah 30++ minggu nak travel 8 jam balik kampung..hajat hati nak 'melenggang perut'..
hari ni pergi kenduri di selatan tanah air yang makan masa 3 jam tu pun boleh buat lenguh2 badan..
esok nak attend 1 lagi kenduri sebelum pergi umah akak..
tak sabar nak makan laksa Kelantan! yummy! tu menu wajib kalau my mom datang KL..
dah lama tak makan laksa..balik kampung bulan lepas pun takde jamah laksa..
imagine je pun dah buat kecur air liur..baby sabar ye, esok kite makan banyak2..kui3


*selamat hari pekerja!*

Monday, April 18, 2011

Halfway to go!

Alhamdulillah..usia kandungan dah 21 minggu, dah cecah separuh perjalanan sebagai mak buyung..
berat bertambah 2.5kg, hasil tabiat pemakanan tak kira siang dan malam..haha
bulan lepas berat hanya naik 0.5kg sebab baru elok dari morning sickness..
kalau tiap2 bulan berat naik almost 3kg, mau dekat nak bersalin nanti berat cecah 70kg..
harap2 berat tak mencanak naik sampai 80kg walaupun enchek suami cakap tak kesah kalau tak kembali kurus lepas bersalin nanti..
entah boleh percaya ke tak cakap dia tu..berat naik 5kg lepas kahwin pun dia asyik cakap aku gemuk, ni kan pulak kalau badan dah macam tong dram..
hari2 dia bising suruh aku makan banyak2, biar baby besar sihat dan kuat..

sekarang dah boleh rasa baby movement, mula2 ingatkan angin dalam perut..
rasa excited sangat sebab hari2 boleh rasakan kehadiran baby, sebelum ni hanya boleh tengok sebulan sekali je bila pergi check up..
baby ok, sangat aktif..tapi tak dapat nak tengok muka sebab asyik tutup dengan tangan..gender pun tak dapat tengok sebab baby asyik lipat2 badan, macam2 aksi akrobatik dia buat..

*baby ni pemalu ke saje nak buat surprise..huhu*

Monday, April 11, 2011

Frame Kasih

tahun lepas, sengih lebar masa dpt storybook gmbr kawen..

tahun ni pulak, sengih lebar masa dapat frame ni.. sukeee sgt!

gambar frame sama macam gambar cover storybook, cuma versi black and white..frame saiz A3, storybook tak pasti saiz ape..memang berbaloi dapatkan frame kasih ni..nasib baik enchek suami tak bising masa tunjuk frame ni kat dia..hehe

*entah bila dapat gantung frame ni kat wall..ada jugak nanti mak buyung yang panjat tangga, ketuk paku segala..*

Friday, April 1, 2011

april fool?

1 april datang lagi!
1 april sangat sinonim dengan april fool, kononnya boleh dajalkan orang tanpa rasa bersalah..ni budaya orang Kristian yang tak sepatutnya disambut oleh orang Islam, sama macam Valentine’s Day..

1 april hanyalah dinanti sebab nak meraikan hari lahir enchek suami..
biasanya aku takde kasi hadiah, hanya kasih sayang dan kesetiaan yang tak berbelah bahagi dapat dicurahkan..hehehe

mok cayang, happy 27th birthday..moga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik agar kita boleh grow old together..i love you the way you are..

*baby: happy birthday ayah! baby loves ayah! :D*

Tuesday, March 29, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan II

minggu ke-17: rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh. garis kulit pada hujung jari mula terbentuk dan mempunyai cap carinya yang tersendiri. ibu hamil akan mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan, rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. minum lebih banyak air masak dan jus buah-buahan serta makan makanan berserat dan sayuran hijau.

minggu ke-18: bayi dapat mengenal pasti cahaya terang menerusi dinding rahim walaupun matanya masih lagi tertutup. Bayi dapat mendengar degupan jantung ibunya. Bayi juga mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan yang bertujuan melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus di hidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

minggu ke-19: Bayi akan mula mengeluarkan verniks iaitu bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruhan tubuhnya yang berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi lahir kelak, dia takkan kelihatan seperti tak mandi selama 9 bulan. pada bahagian perut ibu hamil, akan berlaku kesan stretch marks

minggu ke-20: Pertumbuhan bayi agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru, sistem penghadaman serta imuniti untuk matang. Pigmentasi pada kulit ibu hamil mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Selain itu, ibu hamil akan mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain akan lebih kerap berlaku.

minggu ke-21: ibu hamil akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan amat penting agar sentiasa sihat dan bertenaga. elakkan daripada melakukan kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

minggu ke-22: Struktur gigi bayi mula berkembang, pergerakan bayi menjadi semakin aktif. beri tindak balas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. perdengarkan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal. Belailah gerakan bayi dengan penuh kasih sayang.

minggu ke-23: tangan dan kaki serta jari jemari bayi telah terbentuk dengan baik. Rambut ibu hamil akan menjadi lebat dan berkilauan manakala kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

minggu ke-24: berat badan bertambah secara normal. kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. kulit bayi akan menjadi semakin menebal. muka ibu hamil menjadi sembap dan membengkak kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

minggu ke-25 dan 26: badan akan sentiasa berpeluh dan berasa panas, jadi minumlah banyak air. basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, paha dan perut untuk elak dehidrasi. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan.

minggu ke-27: bayi mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan cecair amnion yang mengelilinginya. air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. tunas rasa bayi baru terbentuk dan boleh bertindak balas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

minggu ke-28: bayi mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. ibu hamil akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. selain itu, akan mengalami sakit ulu hati, senak, kejang pada bahagian betis serta kontraksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. elakkan daripada berfikir perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Thursday, March 17, 2011

ceritera bulan mac

cepat betul masa berlalu, dah masuk bulan mac..bulan ni dikira transition period utk aku dlm personal life, pregnancy dan jugak kerja..

personal: aktiviti harian aku dah berubah sebab kena adapt dgn perubahan kerja enchek suami..banyak masa dihabiskan sendirian kat rumah (sadis betul..huhu).. semangat nak kembali jadi chef hanya diterjemah pada hujung minggu je sebab tu je waktu enchek suami boleh luangkan masa dengan aku..

pregnancy: dah takde mabuk teruk sampai tahap badan lemah tak bermaya..selera makan dah bertambah tapi baby bump belum obvious lagi..hihi..tak sabar nak pergi check-up esok. nak tengok progress baby, nak buat blood test, nak tengok berat bertambah tak sebab last month berat menurun 2kg..huhu..morning sickness punye pasal..

kerja: dapat bos baharu, bertukar pucuk pimpinan seiring dengan KPI baharu. maknanya job scope aku pun dah berbeza sikit sekarang..but it's okay since boleh belajar benda baru..bos baru pun besttt walaupun pada mulanya aku sangattt cuak masa dapat tau dia la yang jadi pengganti..tu la orang cakap, tak kenal maka tak cinta..haha

bulan mac ni jugak first time aku balik kampung untuk tahun 2011 ni..aku gagahkan diri balik sorang tanpa enchek suami sebab nak attend wedding sepupu kesayangan plus aku tak balik masa cuti raya cina hari tu..tapi yang tak bestnya, 4 hari cuti tu ada je dapat sakit..ish3, nampaknya pasni aku tak boleh balik kampung sendirian..agaknya baby tak suka kot tinggalkan ayahnya 'membujang sementara' lama2..hihi..




* selamat pengantin baru eje! akhirnya 4 kupu2 telah bertukar status dari anak dara kepada mak dara..hehe *

Tuesday, March 1, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan I

artikel ni dari sini..

minggu pertama: blastocyst merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

minggu ke-2: blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehingga jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut dengan kukuh pada endometrium.

minggu ke-3: saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

minggu ke-4: janin mulai membentuk struktur asas manusia di mana sel-sel mula bergabung dan embrio sudah mulai memanjang kira-kira 6 mm. sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta.

minggu ke-5: Embrio akan terus membesar sehingga didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. lapisan endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. saiz janin hanya sebesar 6 mm iaitu sebesar biji tembikai sahaja.

minggu ke-6: janin sudah membentuk kepala dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

minggu ke-7: bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

minggu ke-8: rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

minggu ke-9: saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. bayi sudah mulai menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum.

minggu ke-10: bayi dah kelihatan seperti manusia yang lengkap. payudara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair estrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

minggu ke-11: bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya.

minggu ke-12: kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

minggu ke-13: kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah berbintik-bintik. perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

minggu ke-14: degupan jantung bayi akan semakin kuat, lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14.

minggu ke-15: bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian hingga minggu ke-26. bayi boleh mengetahui perubahan cahaya dan sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. perlu banyakkan senaman ringkas atau berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

minggu ke-16: bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Kini bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Wednesday, February 16, 2011

Sesi Dating dengan Baby

6 minggu..masa ni nampak kantung baby je..first time pergi check dengan doktor untuk sahkan kehamilan..masa ni pergi sorang je so excited sorang2..

8 minggu..nampak tak ada baby? kecik je saiznya, tak sangka masa ni dah boleh dengar heart beat baby..

alhamdulillah doktor cakap heart beat baby normal.. masa ni heret enchek suami pergi sekali, dia sengih lebar lepas tengok ni..maklum le, first time..hahaha

12 minggu..tak sangka dah boleh nampak kepala, tulang belakang, kaki, tangan baby..masa scan, baby tengah melompat2 dan menendang2.tengah beriang ria la kot.hehe..enchek suami sengih lebar sampai telinga, siap kasik bunga ros masa balik dari klinik..hihi


*menghitung hari untuk dating dengan baby lagi..hihi*

Monday, January 31, 2011

Anugerah Tak Ternilai!


Hahaha..hari terakhir bulan Januari baru terhegeh-hegeh nak jenguk blog, baru terkial-kial nak buat entry untuk tahun baharu ni..hahaha..

Tahun 2011 membuka tirai dengan berita sangat gembira yang membuatkan enchek suami sengih lebar sampai ke telinga..
We’re having a baby!!

Dia sangat excited, peluk cium aku sampai rimas dibuatnya..aku pulak terkedu tak sangka period lambat rupanya ada isi..nampaknya perancangan untuk jadi mama dan ayah dimakbulkan awal beberapa bulan..hehehe..walau apepun, kami sangat bersyukur atas rezeki ini..alhamdulillah!

Sejak berbadan dua ni, banyak perkara baru dan tak menyenangkan yang dialami..huhu
1)    tak lalu nak masuk dapur..enchek suami dah kurus sebab dah banyak minggu asyik makan kat kedai..
2)    loya, mual dan pening tu perkara biasa..tak kira pagi, petang atau malam..
3)    makan kena memilih kalau taknak diri ni tersadai dalam toilet..katakan tidak kepada air soya, biskut chipsmore, pisang etc..
4)    mengantuk yang melampau waktu tengah hari..pukul 12 pm je mesti aku tido, tak kira kat rumah atau kat ofis..hihi
5)    sebelum ni liat nak makan ubat, sekarang tiap2 hari kena makan asid folik for the baby’s sake..
6)    dalam tempoh 3 minggu, 3 kali terlantar kat klinik untuk water drip..
7)    sekarang ni pulak tak lena tidur malam..dah la enchek suami jarang ada kat rumah malam2..haishhh..

apa pun, ni semua pengalaman dan perjalanan bergelar seorang ibu..kan?


*usia kandungan baru 10 minggu..moga semuanya selamat*