Tuesday, March 29, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan II

minggu ke-17: rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh. garis kulit pada hujung jari mula terbentuk dan mempunyai cap carinya yang tersendiri. ibu hamil akan mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan, rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. minum lebih banyak air masak dan jus buah-buahan serta makan makanan berserat dan sayuran hijau.

minggu ke-18: bayi dapat mengenal pasti cahaya terang menerusi dinding rahim walaupun matanya masih lagi tertutup. Bayi dapat mendengar degupan jantung ibunya. Bayi juga mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan yang bertujuan melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus di hidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

minggu ke-19: Bayi akan mula mengeluarkan verniks iaitu bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruhan tubuhnya yang berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi lahir kelak, dia takkan kelihatan seperti tak mandi selama 9 bulan. pada bahagian perut ibu hamil, akan berlaku kesan stretch marks

minggu ke-20: Pertumbuhan bayi agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru, sistem penghadaman serta imuniti untuk matang. Pigmentasi pada kulit ibu hamil mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Selain itu, ibu hamil akan mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain akan lebih kerap berlaku.

minggu ke-21: ibu hamil akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan amat penting agar sentiasa sihat dan bertenaga. elakkan daripada melakukan kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

minggu ke-22: Struktur gigi bayi mula berkembang, pergerakan bayi menjadi semakin aktif. beri tindak balas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. perdengarkan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal. Belailah gerakan bayi dengan penuh kasih sayang.

minggu ke-23: tangan dan kaki serta jari jemari bayi telah terbentuk dengan baik. Rambut ibu hamil akan menjadi lebat dan berkilauan manakala kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

minggu ke-24: berat badan bertambah secara normal. kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. kulit bayi akan menjadi semakin menebal. muka ibu hamil menjadi sembap dan membengkak kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

minggu ke-25 dan 26: badan akan sentiasa berpeluh dan berasa panas, jadi minumlah banyak air. basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, paha dan perut untuk elak dehidrasi. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan.

minggu ke-27: bayi mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan cecair amnion yang mengelilinginya. air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. tunas rasa bayi baru terbentuk dan boleh bertindak balas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

minggu ke-28: bayi mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. ibu hamil akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. selain itu, akan mengalami sakit ulu hati, senak, kejang pada bahagian betis serta kontraksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. elakkan daripada berfikir perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Thursday, March 17, 2011

ceritera bulan mac

cepat betul masa berlalu, dah masuk bulan mac..bulan ni dikira transition period utk aku dlm personal life, pregnancy dan jugak kerja..

personal: aktiviti harian aku dah berubah sebab kena adapt dgn perubahan kerja enchek suami..banyak masa dihabiskan sendirian kat rumah (sadis betul..huhu).. semangat nak kembali jadi chef hanya diterjemah pada hujung minggu je sebab tu je waktu enchek suami boleh luangkan masa dengan aku..

pregnancy: dah takde mabuk teruk sampai tahap badan lemah tak bermaya..selera makan dah bertambah tapi baby bump belum obvious lagi..hihi..tak sabar nak pergi check-up esok. nak tengok progress baby, nak buat blood test, nak tengok berat bertambah tak sebab last month berat menurun 2kg..huhu..morning sickness punye pasal..

kerja: dapat bos baharu, bertukar pucuk pimpinan seiring dengan KPI baharu. maknanya job scope aku pun dah berbeza sikit sekarang..but it's okay since boleh belajar benda baru..bos baru pun besttt walaupun pada mulanya aku sangattt cuak masa dapat tau dia la yang jadi pengganti..tu la orang cakap, tak kenal maka tak cinta..haha

bulan mac ni jugak first time aku balik kampung untuk tahun 2011 ni..aku gagahkan diri balik sorang tanpa enchek suami sebab nak attend wedding sepupu kesayangan plus aku tak balik masa cuti raya cina hari tu..tapi yang tak bestnya, 4 hari cuti tu ada je dapat sakit..ish3, nampaknya pasni aku tak boleh balik kampung sendirian..agaknya baby tak suka kot tinggalkan ayahnya 'membujang sementara' lama2..hihi..




* selamat pengantin baru eje! akhirnya 4 kupu2 telah bertukar status dari anak dara kepada mak dara..hehe *

Tuesday, March 1, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan I

artikel ni dari sini..

minggu pertama: blastocyst merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

minggu ke-2: blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehingga jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut dengan kukuh pada endometrium.

minggu ke-3: saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

minggu ke-4: janin mulai membentuk struktur asas manusia di mana sel-sel mula bergabung dan embrio sudah mulai memanjang kira-kira 6 mm. sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta.

minggu ke-5: Embrio akan terus membesar sehingga didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. lapisan endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. saiz janin hanya sebesar 6 mm iaitu sebesar biji tembikai sahaja.

minggu ke-6: janin sudah membentuk kepala dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

minggu ke-7: bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

minggu ke-8: rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

minggu ke-9: saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. bayi sudah mulai menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum.

minggu ke-10: bayi dah kelihatan seperti manusia yang lengkap. payudara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair estrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

minggu ke-11: bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya.

minggu ke-12: kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

minggu ke-13: kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah berbintik-bintik. perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

minggu ke-14: degupan jantung bayi akan semakin kuat, lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14.

minggu ke-15: bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian hingga minggu ke-26. bayi boleh mengetahui perubahan cahaya dan sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. perlu banyakkan senaman ringkas atau berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

minggu ke-16: bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Kini bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.