Wednesday, December 12, 2012

WW #20: family photoshoot









* Groupon voucher RM39 - 1 hour white studio photoshoot session @ Eszhan Studio
CD - 70 pcs gambar, 2 pcs gambar saiz 8R, 10 pcs gambar saiz 4R..berbaloi2 kannn! *

Friday, November 9, 2012

terima kasih! thank you! syukran!


Hari Ahad lepas ada Majlis Penyerahan Hak Milik Lestari Perdana.
kawasan rumah aku ni dah 10 tahun dibangunkan tapi takde geran tanah individu.
sebab developer tak bayar premium sebelum mulakan projek pembangunan.
bila rumah dah siap, sedappp je dia jual beratus2 unit.


agaknya developer ni memang jenis tak boleh pakai kot.
masa aku nak withdraw duit KWSP dulu pun kemain susah lagi.
pegawai KWSP taknak luluskan permohonan pengeluaran Akaun II.
nasib baik lawyer helpful and efficient..bila lawyer explain dan refer kes klien dia sebelum ni, baru la dapat approval.
kalau tak lulus, mane la aku nak cekau duit bayar deposit rumah..



hanya ucapan jutaan terima kasih yang mampu dilafazkan apabila masalah ni dapat perhatian serius dari pihak kerajaan, penduduk hanya dikenakan bayaran minimum dan urusan pengeluaran hak milik dapat diselesaikan dalam masa hanya beberapa minggu.


bila Balqis boring tunggu lama sangat campur mengantuk nak tido, mula la dia mengamuk dan menggelupur nanges..kesian ayah kena pujuk dukung Balqis ke hulu ke hilir, mama relax je dok beratur tunggu turn nak salam YB Menteri Besar Selangor




see? kemain lebar sengih..hihi




*berita lanjut di sini*

Wednesday, October 10, 2012

WW #17: Balqis dan mama

masa mood ok, Balqis panggil Mama;
bila datang mood ngade2, dia panggil Mami pulak

Wednesday, August 29, 2012

WW #15: Balqis @ playground

 




 * lokasi raya Balqis: serdang - bangi - klate - bangi - playground kelana jaya - serdang *

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri!

Yeayyy! Syawal bakal menjelma lagi..Hari Raya akan tiba beberapa hari saje lagi..
seronok kannn nak raya..
balik kampung berkumpul bersembang dengan keluarga beramai2..
makan juadah raya macam2..

kemeriahan raya lebih terasa bila dah ada anak..rasa lebih excited nak buat persiapan raya..
keperluan anak lebih didahulukan..apa2 pun dok beli barang anak je..
bila barang bos kecik dah complete, baru la sibuk carik barang mama dengan ayah pulak..

tahun ni kami sekeluarga akan beraya di Bangi terlebih dahulu, kemudian baru terbang pulang ke Kelantan..
raya nanti genap umur  Balqis setahun..boleh la beraya sakan kutip duit raya..hahaha


Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin..
berhati-hati di jalan raya..
selamat pakai baju raya, makan kuih raya, kasi duit raya..hehehe

Wednesday, August 15, 2012

Balqis dulu dan sekarang

1 bulan
halusss je..tokmi cakap macam anak burung

2 bulan
still fully breastfed

3 bulan
membesar bagai juara..start minum formula milk kat rumah babysitter

4 bulan
first time ayah bagi green light boleh lepak kat rumah mamilong

5 bulan

6 bulan
start makan solid food

7 bulan
haippp! muka garang ke dok teran nak poopoo

8 bulan

9 bulan
rambut makin lebat

10 bulan
try baju raya orang..hihi

11 bulan
baru nak tumbuh gigi sebatang


* alahai, cepatnya kamu membesar wahai anak *

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan

21 Ramadhan sentiasa dalam ingatan..
takkan lupa punye, tarikh keramat aku bertarung nyawa nak melahirkan mek Balqis..
mencabar jugak melahirkan anak di bulan puasa..kot tak cukup energy sebab puasa..
rasanya time contraction tu takde kot perut berkeroncong lapar..hahaha

kronologi kelahiran Balqis:

10.00 am:
terasa light contraction masa tengah kemas rumah sambil tunggu enchek suami balik keje..
mula2 tak layankan rasa sakit tu, siap sambung menyapu dan sidai baju..
bersemangat kemas rumah sebab enchek suami janji nak beli baju raya petang tu..haha

12.30 pm:
mak mertua dengan adik ipar datang bawak aku pegi klinik..
walaupun doktor lelaki yang on duty, aku redha je la izinkan dia check bukaan..
malu tu tolak tepi..aku tak rasa sakit pun masa doktor tu seluk..
bukaan dah 2cm, elok la pegi hospital katanya..

1.30 pm:
lepas register kat kaunter hospital tu, macam2 perasaan datang..
rasa tak caya dah nak bersalin sebab due date lambat lagi..
rasa takut pun ada sebab tak tau camana nasib kat labour room nanti..
rasa risau tak larat nak push sebab mak buyung puasa, kang takde energy camana..

sebab urin aku ada blood show, so laju je dapat katil kat waiting area tu padahal ramai je mak buyung lain yang dok menunggu..

2.30 pm:
so the waiting game begins..aku terkulat sorang2 kat situ tak tau nak buat apa..
nurse cakap biasanya kalau anak sulung, bukaan 1cm selang 1jam..
air zamzam, kurma, roti semua dengan enchek suami..tak dapek aku nak top up energy..
sms dengan kakak aku yang on the way dari subang..banyakkan berselawat dengan baca doa Nabi Yunus semasa ditelan ikan paus..
nurse asyik datang tengok bacaan CTG, rupanya baby dok sedap tido dalam tummyland..
doktor pelatih asyik datang check bukaan..nasib baik tak rasa sakit masa dia seluk..
contraction makin kuat dan makin kerap datang..pastu my water breaks..alamakkk! lagiiii rasa sakittt..

3.45pm:
ditolak ke labour room lepas doktor check bukaan dah 8cm..
enchek suami dipanggil masuk..kat labour room menggigil2 tahan sakit..
suruh enchek suami panggilkan nurse sebab rasa betul2 dah nak bersalin..
kang tak pasal2 laju je aku teran sebab tak tahan sakit..
lepas nurse cakap dia nak gunting sikit untuk mudahkan bersalin, aku tak nampak pape dah..
just dapat dengar je suara2 nurse tu semua..lagipun spek entah kat mana dah masa tu..haha
nasib baik enchek suami setia menemani..bisikkan kata semangat, genggam erat tangan, usapkan kepala..

4:14pm:
selamat melahirkan our lil pumpkin dengan 3 kali push..tu pun lepas kena marah dengan nurse sebab asyik meraung bila datang sakit
maaf le misi, ni first time saya bersalin..saya memang jenis seriau tak tahan sakit
pastu kami suami isteri nangis berpelukan lepas Balqis lahir..hahaha

overall aku rasa pengalaman bersalin aku takde la ngeri sangat..
dapat bersalin normal tanpa amik epidural..dok meraung dalam labour room pun kejap je..
tempoh contraction tak lama..kena seluk pun tak rasa sakit..
tapi bab kena jahit tu yang lagi sakittt..
walaupun tak ngeri, aku tetap seriau nak bersalin lagi..enchek suami pun macam serik tengok camana wifey dia ni menanggung sakit nak bersalin..


fresh from the oven


* 21 Ramadhan 1432H = 21 Ogos 2011 *

Wednesday, July 18, 2012

WW #12: kami 4 sepupu pingitan


eda's E day : Ogos 2008

eda's W day : Mei 2009

raya : Sept 2009

my E day : Dis 2009

my W day : Mei 2010

raya : Sept 2010


Feb 2012



* rinduuu *

Wednesday, July 11, 2012

WW #11: colleagues

zaman anak dara bergetah lagi..auwww


menyelit kat dinner


3 awek berbaju hitam


korporat la sangattt


* kawan susah senang sama2 menimba pengalaman di alam kerja kannn mak siput laju *

Tuesday, June 12, 2012

demam EURO


mentang2 la sekarang musim EURO 2012..
mentang2 la pakai baju tido ada gambar bola..
pagi tadi si kecik ni bangun pukul 3 pagi..
mek Balqis panjat sana menjalar sini, pukul 5 pagi baru dia tido balik..
tak pasal2 semalam layan match Ukraine vs Sweden..
haishhh..ngantok dibuatnya bila datang keje pagi ni..


*mlm ni Harimau Malaya vs Singapura..can't wait!*

Wednesday, May 23, 2012

WW #10 : Balqis @ 9 months



berat = 9.7kg, tinggi = 76cm


*tak larat dah nak dukung mek balqis ni..huhu*

Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu!

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, mak, mama, umi, mommy yang hebat kepada permata hati..

being a mom is really awesome!
bukan mudah nak jadi seorang mama, bukan senang nak membesarkan dan mendidik anak..
tapi pengalaman indah dan detik berharga tu sangat berbaloi, amat membahagiakan..
moga amanah ni dapat dijalankan sebaik mungkin..insyaAllah



*ibu bekerjaya, sentiasa di sisi*

Wednesday, April 25, 2012

WW #9 : Balqis @ 8 months


 mama, jangan bagitau ayah ye adik takmo dok diam dalam carseat..


mama, ni ape ni? balqis amik ye..

Friday, April 13, 2012

Nama saya Balqis



atok panggil saya aqish..
nenek panggil saya iqish..
tokmi panggil saya sakinah..
mama panggil saya adik..
ayah panggil saya chon chon *tak leh blahhh*

walau apapun nama glamer saya, nama yang didaftarkan dan tertera dalam mykid adalah Balqis..
sepatah sahaja..ringkas dan mudah..

nama Balqis tak membawa apa2 makna, tak mempunyai apa2 maksud.
mengikut sejarah Islam, Balqis adalah nama seorang Ratu kerajaan Saba' yang memiliki ladang yang luas dan subur. pada asalnya Ratu Balqis menyembah matahari tapi akhirnya mengakui kekuasaan Yang Maha Esa kerana kehebatan Nabi Sulaiman berdakwah.
(surah an-Naml)

Ratu Balqis adalah anak jin? ye betul..ayah Ratu Balqis bernama Shurahil, seorang manusia berkahwin dengan jin bernama Rayhanah binti As-Sakan..tiada siapa menyangkal sejarah tersebut..
nama Balqis boleh mendatangkan penyakit misteri sebab ia adalah nama anak jin? dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan dengan dalil sahih..malah dinasihatkan agar jangan percaya takut jadi syirik..

tapi orang hanya melihat Ratu Balqis sebagai anak jin..nama Balqis adalah nama anak jin..
sebenarnya dari perspektif lain, sifat murni Ratu Balqis patut menjadi teladan. nilai positif Ratu Balqis boleh diambil menjadi ikutan..

moga Balqis binti Nor Hasim terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

*rasanya cukup dengan sekadar tukar nama panggilan*