Friday, April 13, 2012

Nama saya Balqis



atok panggil saya aqish..
nenek panggil saya iqish..
tokmi panggil saya sakinah..
mama panggil saya adik..
ayah panggil saya chon chon *tak leh blahhh*

walau apapun nama glamer saya, nama yang didaftarkan dan tertera dalam mykid adalah Balqis..
sepatah sahaja..ringkas dan mudah..

nama Balqis tak membawa apa2 makna, tak mempunyai apa2 maksud.
mengikut sejarah Islam, Balqis adalah nama seorang Ratu kerajaan Saba' yang memiliki ladang yang luas dan subur. pada asalnya Ratu Balqis menyembah matahari tapi akhirnya mengakui kekuasaan Yang Maha Esa kerana kehebatan Nabi Sulaiman berdakwah.
(surah an-Naml)

Ratu Balqis adalah anak jin? ye betul..ayah Ratu Balqis bernama Shurahil, seorang manusia berkahwin dengan jin bernama Rayhanah binti As-Sakan..tiada siapa menyangkal sejarah tersebut..
nama Balqis boleh mendatangkan penyakit misteri sebab ia adalah nama anak jin? dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan dengan dalil sahih..malah dinasihatkan agar jangan percaya takut jadi syirik..

tapi orang hanya melihat Ratu Balqis sebagai anak jin..nama Balqis adalah nama anak jin..
sebenarnya dari perspektif lain, sifat murni Ratu Balqis patut menjadi teladan. nilai positif Ratu Balqis boleh diambil menjadi ikutan..

moga Balqis binti Nor Hasim terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

*rasanya cukup dengan sekadar tukar nama panggilan*

1 comment:

  1. balqis nama yang cantik... kalo betul didikan maka cantiklah akhlaknyer.. dari nama yang memberi maksud yang hebat.. tapi tak dididik dengan baik pun tak guna juga kan.. tapi nama glamer chon chon paling comel..hehehehe

    ReplyDelete