Monday, December 20, 2010

Ada Apa Dengan Disember


Ada apa dengan Disember, bulan terakhir dalam kalendar Masihi..
Bila tiba bulan Disember, terasa betapa cepatnya masa berlalu..bulan berganti bulan dan akhirnya sampai ke penghujung tahun..
Datangnya Disember bersama ingatan tentang detik kelahiran aku ke dunia ini..menandakan usia semakin bertambah dari segi digit..
Orang lain dah mula buat senarai azam dan perancangan untuk tahun seterusnya, tapi aku baru nak meraikan ulang tahun kelahiran..
Apapun, sangat bersyukur sebab dah 26 tahun dikurniakan nikmat oleh Yang Maha Esa..moga nikmat tersebut berpanjangan hingga akhir hayat..

Dan Disember juga menyimpan memori kami melangkah ke alam pertunangan..bertukar status dari chenta hati kepada tunang si dia..
25 Disember pasti takkan dilupakan..saat penganut agama Kristian merayakan Hari Krismas, kami mengikat janji untuk hidup bersama..
Alhamdulillah, ikatan pertunangan tersebut berpanjangan hingga ke gerbang perkahwinan..moga hubungan ini sentiasa dirahmati olehNya..
                 
       
*moga dipanjangkan umur hingga beberapa dekad lagi agar dapat meraikan hari istimewa pada bulan Disember*

3 comments:

  1. uik!

    add aku dlm list ko!aku da add mu dlm my list..hehehe

    welkam..welkam to dunia blog ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku baru nk berjinak2 dgn dunia blog..ketinggalan zaman btol..kuikuikui

    ReplyDelete
  3. uittt.. dah ada blog rupanyaa! hahaha.. welcome, welcome.. i folo.. :)

    ReplyDelete