Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah, syukur kerana masih berkesempatan untuk berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat..Ramadhan 1432H ni rasanya sangat mencabar sebagai mak buyung yang berada dalam minggu2 terakhir kehamilan..semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk mengerjakan ibadat puasa dan meningkatkan amalan di bulan mulia ni..

aku ni jenis liat nak bangun sahur, dari zaman anak dara lagi dah biasa berpuasa tanpa sahur..tapi tahun ni kena la jamah kurma dan minum susu kalau nak kekal bertenaga sampai petang.lagipun sekarang memang tidur2 ayam je so takde hal la takat nak bangun pukul 4 pagi..
enchek suami sangat supportive.tahun lepas dia tak kesah makan sahur sorang2 tanpa sikit pun menyusahkan bini dia yang tengah syok tidur, tahun ni pulak dia volunteer jadi chef nak masak lauk untuk berbuka.so petang2 lepas balik kerja i boleh relax2 layan tv.muahahaha

dah masuk bulan Ramadhan ni maknanya dah tak lama lagi kami akan bergelar mama dan ayah..enchek suami selalu gosok2 perut boyot ni suruh baby keluar awal, konon boleh berbaju sedondon tangkap gambar raya 1 family..tapi nanti tak dapek la i nak makan ketupat rendang semua.i tengah pantang, kena la telan air liur je tengok hidangan lazat di pagi raya.huhu..
errr..puasa baru 2 hari dah cerita pasal raya..haisshhh

usia kandungan 35 minggu, berat baby dah 2.36kg..berat mamanya naik 1 kg je..doc cakap mak buyung boleh puasa sebab kandungan normal, takde masalah pape..baby still aktif bergerak2, ada space lagi ye nak berguling2 dalam tumyland..
sekarang kaki dah bengkak, jalan dah macam penguin..pakai sandal pun dah ketat, petanda kena beli sandal baru merangkap sandal raya..
muka yang tembam ditambah dengan hidung yang kembang setaman..
jari pun dah gemuksss sampai dah tak muat nak sarung cincin..
kebelakangan ni kerap sembelit, jadi sama macam trimester pertama dulu..pisang dan jus oren jadi makanan dan minuman harian..


*moga umi sihat dan selamat di bumi Mekah, termakbul hajatnya nak merasai nikmat berpuasa dan berterawih di sana*

No comments:

Post a Comment