Friday, August 19, 2011

Raya vs Preggy

19 Ramadhan 1432H..
lagu raya dah rancak berkumandang di radio tak kira pagi petang siang malam..
pagi2 lagi telinga dah disumbat dengan lagu raya, tak ke seharian kat ofis dok layan mood raya..
so feel raya dah mai dahhh..mak buyung pun tiba2 bersemangat, macam2 dah dok fikir pasal raya..
sebelum ni buat2 tak dengar bila enchek suami tanya pasal baju raya..sebabnya sebelum ni tak fikir sangat pasal nak raya tapi dok fikir pasal bersalin, berpantang, baby..

tahun ni giliran beraya kat rumah mertua..setakat ni mak buyung boleh terima hakikat lagi sebab belum dengar lagu raya sadis mendayu2, belum dengar takbir raya..
mau nanti ada yang meraung di pagi raya..dah la family jauh, enchek suami pulak kena pergi kerja..
tahun ni enchek suami tak dapat cuti raya.siap cuti dibekukan untuk minggu ke2 dan ke3 raya..
ingatkan boleh la cuti time orang lain dah mula kerja lepas beraya sakan seminggu..agaknya lepas habis bulan syawal kot baru laki i boleh cuti tapi bukan cuti raya dah namanya tu..
so dia mengharapkan mak buyung bersalin masa raya so automatik dapat cuti 7 hari..

usia kandungan dah cecah 38 minggu..tapi takde tanda2 nak bersalin lagi..baby memahami kot. kalau bersalin awal, nanti ayahnya tak dapat beraya..ataupun baby tau mamnya ni takut nak beranak..agagaga
seriau tak seriau, takut tak takut, kena bersalin jugak..berapa lama nak simpan dalam perut ni kan..
ramai orang cakap kalau anak sulung biasanya bersalin awal..tapi doc cakap kalau anak sulung la bersalin lambat..kompius di situ..
di bulan puasa ni berat mak buyung naik 1kg..puasa kadang2 larat, kadang2 tersadai je perut asyik berkeroncong..
sekarang pagi2 asyik loya je, tekak dah tak lalu nak makan sahur..
minggu ni banyak kali berbuka makan nasik bungkus je, makan sorang2..huhu..sedih ok..

*terus sabar menunggu*

1 comment:

  1. teringat kali pertama aku beraya kat umah mertua...dgr lagu raya ok lagi. dengar takbir raya...huwaaaaa nangis juga disitu! bila due mu? kuatkan semangat. sakit sekejap je...sebut "ya fattah" -yang membuka jalan. banyak2. insyaAllah cepat...

    ReplyDelete