Tuesday, March 1, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan I

artikel ni dari sini..

minggu pertama: blastocyst merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

minggu ke-2: blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehingga jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut dengan kukuh pada endometrium.

minggu ke-3: saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

minggu ke-4: janin mulai membentuk struktur asas manusia di mana sel-sel mula bergabung dan embrio sudah mulai memanjang kira-kira 6 mm. sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta.

minggu ke-5: Embrio akan terus membesar sehingga didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. lapisan endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. saiz janin hanya sebesar 6 mm iaitu sebesar biji tembikai sahaja.

minggu ke-6: janin sudah membentuk kepala dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

minggu ke-7: bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

minggu ke-8: rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

minggu ke-9: saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. bayi sudah mulai menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum.

minggu ke-10: bayi dah kelihatan seperti manusia yang lengkap. payudara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair estrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

minggu ke-11: bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya.

minggu ke-12: kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

minggu ke-13: kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah berbintik-bintik. perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

minggu ke-14: degupan jantung bayi akan semakin kuat, lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14.

minggu ke-15: bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian hingga minggu ke-26. bayi boleh mengetahui perubahan cahaya dan sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. perlu banyakkan senaman ringkas atau berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

minggu ke-16: bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Kini bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

No comments:

Post a Comment