Tuesday, March 29, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan II

minggu ke-17: rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh. garis kulit pada hujung jari mula terbentuk dan mempunyai cap carinya yang tersendiri. ibu hamil akan mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan, rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. minum lebih banyak air masak dan jus buah-buahan serta makan makanan berserat dan sayuran hijau.

minggu ke-18: bayi dapat mengenal pasti cahaya terang menerusi dinding rahim walaupun matanya masih lagi tertutup. Bayi dapat mendengar degupan jantung ibunya. Bayi juga mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan yang bertujuan melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus di hidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

minggu ke-19: Bayi akan mula mengeluarkan verniks iaitu bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruhan tubuhnya yang berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi lahir kelak, dia takkan kelihatan seperti tak mandi selama 9 bulan. pada bahagian perut ibu hamil, akan berlaku kesan stretch marks

minggu ke-20: Pertumbuhan bayi agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru, sistem penghadaman serta imuniti untuk matang. Pigmentasi pada kulit ibu hamil mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Selain itu, ibu hamil akan mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain akan lebih kerap berlaku.

minggu ke-21: ibu hamil akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan amat penting agar sentiasa sihat dan bertenaga. elakkan daripada melakukan kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

minggu ke-22: Struktur gigi bayi mula berkembang, pergerakan bayi menjadi semakin aktif. beri tindak balas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. perdengarkan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal. Belailah gerakan bayi dengan penuh kasih sayang.

minggu ke-23: tangan dan kaki serta jari jemari bayi telah terbentuk dengan baik. Rambut ibu hamil akan menjadi lebat dan berkilauan manakala kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

minggu ke-24: berat badan bertambah secara normal. kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. kulit bayi akan menjadi semakin menebal. muka ibu hamil menjadi sembap dan membengkak kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

minggu ke-25 dan 26: badan akan sentiasa berpeluh dan berasa panas, jadi minumlah banyak air. basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, paha dan perut untuk elak dehidrasi. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan.

minggu ke-27: bayi mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan cecair amnion yang mengelilinginya. air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. tunas rasa bayi baru terbentuk dan boleh bertindak balas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

minggu ke-28: bayi mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. ibu hamil akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. selain itu, akan mengalami sakit ulu hati, senak, kejang pada bahagian betis serta kontraksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. elakkan daripada berfikir perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

No comments:

Post a Comment